CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 24 June 2013

Kursus Pra Perkahwinan

Assalamualaikum.tak jawb dosa,jawab sayang :)

Pada 21 dan 22 Jun yang lepas aku telah menghadiri Kursus Kahwin! hah abby nak kawin da ke?? oh tidak sama sekali. Aku pergi untuk sebagai persediaan awal, dah nama pun PRA PERKAHWINAN. So means kalau dah nak kawin nanti, tak ada lah sibuk nak pergi kursus kawin lagi.Kalau rasa dah nak kawin, terus je kawin. Lagipun kalau buat kat maktab murah je dari buat kt luar,so jimat duit di situ..hehe

Kursus kawin ni bermula dari pagi pukul 8 hingga la pukul 5.30 petang. Gila lama kan. Lenguh puggung dengar ceramah lama-lama.Tapi bagus lah macam-macam aku boleh tahu semua pasal bab suami isteri, akidah, ibadah, prosedur dan banyak lagi. Antara tips perkahwinan yang aku dapat. Penceramah tu cakap suami kalau nak pujuk isteri gunalah kata-kata untuk memujuk isteri. Kalau dia merajuk terus lah pujuk. Tapi kalau isteri pulak nak pujuk suami kena guna perbuatan. Maksudnyaaa faham-faham jela.ahakz Pastu penceramah bagitau kalau suami tengah stress ataupun tengah marah, biarkan dulu dia bersendirian untuk tenangkan diri. Lepastu baru lah pujuk atau tegur.

Bukan senang nak bina rumahtangga yang hidup harmoni dan kekal lama ni. Yang penting bagi aku ialah, suami/isteri kena ada sikap tolak ansur dan tolong-menolong. Ni tak sekarang yang aku nampak, ayah sibuk dengan kerja sampai tidak mengambil tahu mengenai anak-anak dan hal rumah 100% isteri uruskan. Sepatutnya waktu malam kenalah spent time dengan family. Kan best kalau suami isteri sama-sama tolong masak, kemas rumah, cuci kereta ke. Pastu masa cuti pergi bercuti .oh sweet sangat!

Semua orang ade kriteria-kreteria tersendiri untuk memilih suami/isteri. Kalaulah aku nak list,memang banyak lah sampai esok pun tak habis.huu Tapi yang paling penting walau sekayanya seseorang itu, secantik seseorang itu, agama perlu di utamakan. Kalaulah dapat suami yang handsome macam Fizow Omar (hihi), fuhh ramai gila peminat! ko tak jelez ke wahai bakal isteri? jelez kan. So berpada-padalah. Setakat muka je handsome, tapi tak ada pengetahuan agama tak guna gak. Kalau kaya pulak. Orang kaya ni selalunya sibuk je memanjang. Yela nak cari duit je kan. ko tak sedih ke kena tinggal selalu wahai bakal isteri? hah fikir-fikir lah. Tapi kalau dapat pakej kaya, handsome, beragama. Untunglah! Tapi bukan senang nak dapat. Setiap manusia ada kekurangannya. cehhhwahhh..

Akhir sekali untuk entry kali ni,bernikahlah kerana Allah. Kita perlu ingat Bertemu dan berpisah juga kerana Allah. Hati kita hanyalah hati yang lemah. Fikiran kita bukan fikiran yang hebat. Allahlah yang menggerakkan kita agar mencintai dia. Dan Allah jugalah yng menggerakkan hati dia untuk mahu menerima kita. Ya Allah, temukanlah aku bakal suami yang menerima keadaanku seadanya, yang dapat membimbing aku ke arah kebaikan dan menyayangiku sehingga akhir hayatku.amin





No comments:

Post a Comment