tiada hari yang paling indah
semerbak harum kasturi mewangi
hari Isnin 12 Rabiuawal, Tahun Gajah
seluruh alam bersinar Cahaya
lahirnya bayi yang indah amat sempurna
Aminah mendakap penuh kasih sayang
yatim yang suci anak Abdullah
Assalamualaikum Ya Rasulullah
airmata tiada akan tertahan, pabila ingat pada dirimu
indah wajahmu Sang Rembulan menjadi kelam
indah tubuhmu Sang Awan mengikutnya
indah akhlakmu Sang Matahari redup cahayanya
indah langkahmu Sang Langit merintih agar dipijak
indah rambutmu hitam akal yang rapi
indah matamu memancar sinar cinta
berseri mulutmu dengan kalimah Tuhan
gagah tanganmu menyantun setiap insan
kuat kakimu menghayun langkah menyelamat insan
Assalamualaikum Ya Rasulullah
mengalir air mata jernih tanpa tertahan
lantaran cinta dan rindu tiada terperi
merobek seluruh sanubari dan saraf kulitku
jika kerinduan tiada kau tawarkan
keindahan syurga tiada mengubat diriku
jika wajahmu tiada ku pandang
Assalamualikum Ya Rasulullah
apakah makna keindahan dan kemewahan
dunia yang ku miliki
jika kau tiada tersenyum melihatnya
apakah makna kenikmatan syurga
jika kau tiada dapat dipandang
apakah makna setiap nafasku
jika kau memalingkan wajahmu
Ya Allah,
hidupkan Cinta dalam jiwa ini
pada Rasulullah Rahmatulilalamin
semoga dengan cinta nan suci ini
membawaku terbang ke Jannatul Firdausi
penuh kebahgiaan menatap wajahnya
mendengar kalimahnya "..engkaulah umatku..."
biarpun sedetik sudah memadai
namun selamanya adalah yang ku impikan.
p/s Salam Maulidur Rasul kepada semua. Sejak akhir-akhir ini selalu dapat perkongsian mengenai Rasululluah. Terima kasih kepada akhi sudi berkongsi video-video islamik dan buku Habibullah. Tak pernah ana baca buku seperti ini. Buku ini banyak memberi ana mengenali tentang akhlak dan fizikal Nabi Muhammad saw. Terima kasih sangat. Bukan tu saja, sejak akhir-akhir ini suka dengar qasidah, lebih-lebih lagi qasidah Ya Badrotim dan Ya Ha Na Na. Dengar dengan faham lirik die, subhanallah indah sungguh.
*baca entry ini sambil dengar qasidah Ya Badrotim :)

No comments:
Post a Comment